Monday, November 17, 2008

Cerita yook....: kisah Razak membeli ayam panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam
panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang
dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu.
Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar
dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam
ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi
dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan
terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan
potong juga perutmu. Pendek cerita... apapun yang engkau lakukan, akan aku
lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit... lalu perlahan-lahan Dia mengangkat
ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

No comments:

Post a Comment

Monggo..
silahkan di isi komentarnya..
Siapapun boleh, en gak di gigit balik kok..